Kisah Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Allah s.w.t berfirman:
![]() |
Image |
"Dan
ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57).
Kita
tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana
Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi. Menurut cerita
kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir
kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting
dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik
yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali
Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah
s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat,
terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan
sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu. Yang jelas
Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi
Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya,
dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat
Izrail
Suatu
ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi
Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut
nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk
menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai
Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata
Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris
"Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian
Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah
aku merasakan sakaratulmaut".
Kata
Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyaw seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka
Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi
Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka
Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah
agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s. Kemudian Allah mengabulkan
permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.
Malaikat
Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut
itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan
binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata
Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang
seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau
iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada
Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan
kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata
Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala
Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau
ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke
Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam
seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu,
rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang
menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka
tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut.
"Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin
melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka
Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga
tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi
berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka
Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi
indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan
yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku,
saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam
yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah
engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum
airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka
Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka
berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga
dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam
syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka
Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.
"Hai
Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu
keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul
maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi
maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga)
sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya:
"Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga). "Siapakah
yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan
dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli
dan penghuni syurga."
Dan
Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam
firmanNya yang
bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s
dan seterusnya."
0 comments:
Post a Comment