Ismail dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah. KISAH NABI ISMAIL A.S.
KISAH
NABI ISMAIL A.S.
![]() |
Kisah Nabi Ismail A.S |
Nabi Ibrahim yang
berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat
tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya
dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
"Pertama-tama yang
menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk
menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi
Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah
rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya
seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar
sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak
itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati
Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama
itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim
a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan
minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan
menempatkannya di lain tempat."
Untuk sesuatu hikmah
yang belum diketahui dan disadari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan
kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah
Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju
dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan
ditinggalkan.
Maka dengan tawakkal
kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan
Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia
hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya.
Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas
punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari
dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan
debu-debu pasir.
Ismail
dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah
Setelah
berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah padaakhirnya
Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan
dan menjadi kiblat manusia dari seluruh dunia. Di tempat di mana Masjidil Haram
sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di
situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan
serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan,
tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering.
Alangkah sedih dan
cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama
dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya
kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang
kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan
seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor
binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih
menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim
mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri
di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar
bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu
mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah
akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala
kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:
"Bertawakkallah
kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya
dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang
akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau
bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini
seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini.
Percayalah wahai Hajar
bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya.
Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya,
insya-Allah." Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan
genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya
kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail
yang sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya
keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke
Palestin di mana isterinya Sarah dengan puteranya yang kedua Ishak sedang
menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada
Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan
ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:"
Wahai Tuhanku! Aku
telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu
(Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka
mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung
kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan
mereka bersyukur kepada-Mu."
0 comments:
Post a Comment