Kisah Nabi Luth A.S, Nabi Allah Yang Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadom
Nabi Luth adalah anak
saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh.
Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang
timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara
Basin, Laut Mati.
Hampir keseluruhan kaum
ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama
sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan
sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
Nabi Luth telah menyeru
mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping Luth telah menyeru
mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan
seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari
kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat
mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.
Kisah Nabi Allah Luth
a.s. mengikut Islam
Di dalam Kitab Al-quran
menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya sepertimana dalam
Surah
Asy-Syuara; 26:160
"Kaum Luth telah mendustakan para Rasul" 27:161 "Ketika saudara
mereka Luth berkata kepada mereka,"Mengapa kamu tidak bertakwa?"
27:162 "Sungguh,
aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,"
27:163 "Maka
bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku"
27:164 "Dan aku
tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh
alam"
27:165 "Mengapa
kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia"
27:166 "dan kamu
tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri
kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas'
27:167 " Mereka
menjawab, " Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang
yang terusir"
27:168 " Dia
(Luth) berkata, " Aku sungguh benci kepada perbuatan mu" Kaum Luth
telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat
seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf: “Dan (Kami juga
telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada
mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan
oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki
untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini
adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan:
“Usirlah mereka (Luth
dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang
yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82) !
Nabi Luth Diutuskan
Oleh Allah Kepada Rakyat Sadom
Masyarakat Sadum adalah
masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak
mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan
kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka.
Pencurian dan
perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi
kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.
Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah
perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.
Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan
ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.
Seorang pendatang yang
masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa
barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan
atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika
pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan
menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji
lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia
menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Kepada masyarakat yang
sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit
sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat
mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam
yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman
dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari
perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia
memberi penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam
sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan
tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa
Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat
baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan
perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka
Jahanam.
Nabi Luth berseru
kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan
homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah
dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam
penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada
mereka di beri nasihat dan diajukan supaya menghormati hak dan milik
masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta
pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada
pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu
akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan
dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa
aman dan tenteram dalam hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth,
melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti
menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara
berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya
kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan
amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan
moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka
dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk
mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yyang dilaksanakan dengan kesabaran
dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu
laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah
menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah
tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.
Akhirnya kaum Luth merasa
dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak
putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi
pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun
sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan
dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang
sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya,
menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah
itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka
dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerasan kepala mereka juga
untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat disekelilingnya. beliau memohon
kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab
di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.
0 comments:
Post a Comment